Barisan #1-Diiringi dari kubur tidak bertangan dan berkaki serta bergerak
seperti ular
<Orang yang semasa hidup menyakiti hati jirannya>
Barisan#2-Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan
<Mereka ini adalah orang yang sewaktu hidup meringan-ringankan
solat>
Barisan#3-Diiringi dari kubur dengan keadaan berbentuk keldai,sedangkan
perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
<Orang yang enggan membayar zakat sewaktu hidupnya>
Barisan#4-Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan yang
keluar dari mulut mereka.
<Orang yang berdusta dalam jual beli>
Barisan#5-Diiringi dari kubur dengan bau yang sangat busuk daripada bangkai,
ketika itu menurunkan angin sehingga bau busuk itu tersebar di
Padang Mahsyar.
<Orang yang menyembunyikan perbuatan durhaka kerana takut
diketahui oleh manusia tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T>
Barisan#6-Diiringi dari kubur dengan kepalanya putus daripada badan mereka.
<Orang yang menjadi saksi palsu>
Barisan#7-Diiringi dari kubur tanpa lidah dan mengalir dari mulut mereka darah
dan nanah.
<Orang yang tidak mahu menjadi saksi atas kebenaran.
Barisan#8-Diiringi dari kubur dengan kepala di bawah dan kaki di atas.
<Orang yang berzina sewaktu hidupnya>
Barisan#9-Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru.Di dalam
diri mereka ada api gemuruh.
<Orang yang makan harta anak yatim>
Barisan#10-Diiringi dari kubur dengan tubuh mereka yang penuh sopak & kusta
<Orang yang derhaka kepada ibubapa.
Barisan#11-Diiringi dari kubur dengan keadaan buta mata kepala,gigi mereka
memanjang seperti tanduk lembu jantan.Bibir mereka melebar
sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai
ke perut merekadan keluar berbagai kotoran.
<Orang yang meminum arak>
Barisan#12-Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-bersinar laksana
bulan Purnama.Mereka melalui titian siratulmustaqim seperti kilat
Maka datang suara dari Allah memaklumkan bahawa mereka
banyak melakukan amal kebaikan dan menjauhi perbuatan
durhaka,memelihara solat dan ketika meninggal dunia dalam
keadaan sudah bertaubat.
<Inilah balasan dan tempat kembali kepada orang yang beriman
dan beramal soleh iaitu SYURGA.Mereka mendapat kasih sayang
dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
~Bukan amal yang menjamin kita masuk ke syurga atau neraka,
Tetapi begitu juga Rahmat dan Redha Allah kepada kita.~